INDAHNYA TARBIAH ISLAM

Cukupkah Ilmu Tanpa Amal?

Monday, July 24, 2006

USRAH NADI TERKECIL DAN EMPAT FAKTOR KEBERKESANAN

Usrah Nadi Terkecil

Sesungguhnya perjalanan meniti saki-baki kehidupan sememangnya mencabar, dan memerlukan kekuatan dan keteguhan iman. Maksud ayat Al-Qur'an: Dan tidak aku jadikan jin dan manusia ini melainkan untuk beribadat. Menjadi tuntutan dan taklifan pada kita untuk mengawasi tingkah laku kita, agar setiap gerak-geri kita adalah ibadat kepada Rabbul Jalil.

Tuntutan untuk beribadat kepada Allah bukanlah tugas yang mudah dan bukan juga tugas yang payah lagi memberatkan, kerana sesungguhnya Allah berfirman dalam Al-Qur'an, mafhumnya: Dan tidaklah aku jadikan dalam perkara agama ini satu kepayahan.

Namun lantaran keadaan dan situasi yang melanda, dengan pelbagai serangan fikiran daripada musuh Dinullah sama ada jin mahupun manusia, maka kita lihat hari ini urusan agama Allah terasakan berat dan seribu satu kepayahan padanya. Lantaran jiwa, fikiran dan persekitaran telah dikuasai oleh sejuta satu maksiat, maka Islam yang indah menjadi hodoh. Justeru, berjayalah orang-orang yang mensucikan dirinya dengan mujahadah seperti mana firman Allah dalam ayat 9 surah as-Syams, dan beruntunglah orang-orang yang membantu agama Allah kerana Allah menjanjikan magfirah atas segala jihad di jalan Allah.

Maka dengan ini usrah merupakan nadi terkecil yang dapat membantu manusia meningkatkan iman dan pengetahuan mereka di samping menggerak masyarakat sekitar untuk sama-sama menghayati Islam. Bertapa penting Dinullah untuk diketahui, difahami dan dihayati serta diamalkan dan seterusnya disebarkan, begitulah pentingnya usrah, kerana ia merupakan wasilah untuk memahami Islam dan qadiyah semasa dan diamalkan seterusnya di sebarkan.

Empat Faktor Keberkesanaan Usrah

Keberkesanan usrah bergantung pada beberapa faktor. Namun faktor-faktor ini bukanlah seratus-peratus penentu kejayaan sesebuah usrah. Faktor-faktor ini hanya merupakan penyebab yang membantu kita dalam melicinkan gerak kerja usrah. Antaranya:

1.Naqib ialah mereka yang dalam kefahamannya tentang agama dan kuat amalannya serta mengamalkan apa-apa yang dianjurkannya dalam usrah. Umpama pemudah cara atau fasilitator guna untuk menggerakkan ahli usrah dan memberi pengisian.

2.Silabus/tajuk perbincangan dalam usrah hendaklah mengikut kadar pemikiran ahli-ahli usrah. Mengikut marhalah-marhalah seperti mana yang diasaskan oleh Imam Hasan Al-Banna.

3.Ahli usrah merupakan individu yang hendak dijana dan digerakkan menjadi mujahid-mujahid Islam. Kefahaman perlu dipupuk di kalangan mereka tentang hakikat usrah dan keperluannya serta apa itu Islam dan peri pentingnya untuk bergabung dan menyatukan diri dalam Islam.

4.Suasana persekitaran tempat usrah hendaklah dapat membentuk ahli mengenal Islam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home