INDAHNYA TARBIAH ISLAM

Cukupkah Ilmu Tanpa Amal?

Friday, July 28, 2006


SYED QUTB (1906--1966)

KELUARGA AS-SYAHID SYED QUTB
Nama sebenarnya ialah Syed. Qutb ialah nama keluarganya. Keluarga ayahnya berasal dari Semenanjung Arab, berhijrah ke Utara Mesir dan menetap di situ. Seorang daripada keluarga Qutb ini ialah ayah Syed, iaitu Haji Ibrahim Qutb. Haji Ibrahim mempunyai dua orang anak lelaki, Syed Qutb (anak sulung) dan Muhammad Qutb, dan tiga anak perempuan, iaitu Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan seorang lagi yang tidak dapat dipastikan namanya.

Adik Syed, Muhammad, adalah seorang cendekiawan terkemuka. Sehingga kini, beliau telah menulis lebih daripada sebelas tajuk buku menyentuh pelbagai persoalan mengenai Islam dan mendapat penghormatan serta dukungan daripada berbagai-bagai majalah dan mereka yang terlibat dengan gerakan Islam.

Aminah Qutb pula merupakan seorang muslimah terkemuka yang secara aktif terlibat dalam usaha-usaha menyebarkan risalah Islam bersama-sama abangnya. Rencana-rencananya mengenai kemasyarakatan dan perubahan telah diterbitkan dalam pelbagai majalah berkala. Kumpulan cerita ringkasnya telah diterbitkan di bawah tajuk "Fi Tayyar al-Hayat".

Adik perempuannya, Hamidah tidak ketinggalan di belakang si abang dan kakak.

Sesungguhnya setiap keluarga Qutb adalah permata indah dan seumpamanya. Keluarga yang istimewa adalah tepat untuk merujuk kepada keluarga Qutb ini. Keteguhan dan ketabahan serta keperibadian unggul yang dipamerkan sepanjang tempoh dugaan dan tribulasi oleh keluarga Qutb dalam abad dua puluh masa kini mengingatkan kita kepada contoh keluarga Yasir:

Syed Qutb dihukum gantung sampai mati
Muhammad Qutb dipenjara dan diseksa dengan ganas
Hamidah Qutb dipenjara tujuh tahun dengan kerja berat
Aminah Qutb menerima nasib yang sama

Aminah, anak perempuan ketiga daripada keluarga Qutb ini yang namanya tidak dapat dikesan juga mengorbankan anak lelakinya, Syed Rifaat, seorang lulusan kejuruteraan yang berusia dua puluh lima tahun untuk perjuangan. Beliau ditangkap, dipenjara dan disebat dengan kejamnya, dihukum dengan berbagai-berbagai penyeksaan dan dipaksa menjadi saksi dalam perbicaraan bapa saudaranya (Syed Qutb) sendiri. Riwayatnya berakhir apabila dia meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 1965.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home