INDAHNYA TARBIAH ISLAM

Cukupkah Ilmu Tanpa Amal?

Monday, October 02, 2006

Samy akui ada penyelewengan kerja pembaikan SJKC di Johor

BATU PAHAT, 2 Okt - Pengakuan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S. Samy Vellu, terhadap unsur-unsur penyelewengan dalam kerja pembaikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Johor yang disiarkan akhbar hari ini mengesahkan kenyataan Pesuruhjaya PAS Johor, Prof. Dato' Dr Mahfods Muhamad, beberapa hari lalu.

Terdahulu Dr. Mahfods dalam kenyataannya berkata, maklumat yang diterima daripada pihak pengurusan beberapa SJKC di negeri ini yang menghubungi beliau mendedahkan berlakunya penyelewengan dalam kerja-kerja pembaikan di sekolah mereka.

Sumber tersebut memberitahu beliau, kerja-kerja pembaikan oleh kontraktor terhadap bangunan sekolah yang mengalami sedikit kerosakan yang dianggarkan menelan belanja sekitar RM3,000 ke RM 4,000 sahajatetapi peruntukan yang dimohon sebanyak RM30,000.

Pendedahan Menteri Kerja Raya ini jelas membuktikan isu penyelewengan yang dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Ong Tee Kiat, memang berasas dan benar-benar berlaku bahkan dakwaan Ong ini bertambah kukuh dengan maklumat yang diperolehi Dato' Mahfods, daripada sumber terbabit.

Dalam kenyataannya hari ini, Samy, mendedahkan hasil siasatan beliau mendapati kos projek yang dibelanja hanya sekitar RM3,000 ke RM 4,000, tetapi Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membayar kepada kontraktor sebanyak RM29,000.

Selain itu katanya lagi, saya juga telah melihat sendiri keadaan sekolah terbabit dan mendapati banyak kerja tidak siap, malah kos projek yang dibelanja hanya mengambil RM3,000 hingga RM4,000 sahaja tetapi dibayar sebanyak RM29,500.

Dalam kenyataannya Samy juga mendedahkan telah berlaku salah pembayaran oleh kakitangan JKR terhadap kontraktor yang terbabit menyiapkan projek itu.

Isu yang menimbulkan kontroversi dan perbincangan hangat di kalangan rakyat dan pemimpin negara ini telah ditimbulkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Ong Tee Kiat, baru-baru ini.

Beliau mendakwa, terdapat pegawai-pegawai kerajaan terlibat dalam melesapkan peruntukan khas kepada beberapa SJKC di Johor, beliau juga mendakwa penyelewengan itu selalu berlaku kerana ada pegawai kerajaan tidak menghiraukan aduan rakyat dan pada masa yang sama, terdapat pegawai tinggi kerajaan cuba menutup kesalahan mereka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home