"Tidak Berpijak Dibumi Yang Nyata"
Sekali lagi kita bertemu didalam ruangan ini untuk saya berkongsi pendapat dan pandangan tentang isu-isu yang berlaku di tanahair kita Malaysia.Walau bagaimanapon saya ingin menjawab sindiran sahabat-sahabat sayang yang mengatakan "alah anta boleh lah cakap,anta tak berpijak dibumi yang nyata!!!".
Saya akui memang saya tidak berepijak dibumi yang nyata sebab saya diluar malaysia di "bumi asing"..tapi sahabat dari luar lah kita boleh lihat dengan jelas masalah yang berlaku ditanahair Malaysia tu..baik dari Perlis sampailah ker Sarawak.
Mungkin yang dimaksudkan ialah bila saya balik Malaysia saya akan seperti mereka,ialah nak fikir pasal keluarga,kerja,ekonomi,kawin dan sebagainya.Sampai tak sempat nal fikir pasal ummah islam,perjuangan dan jemaah.Kat luar negara semua di kritik,sana sini di kritik sampai pimpinan pon di kritik,balik habuk pon tak ada.
Tapi bagi saya selain peribadi seseorang itu sendiri,sahabat-sahabat memainkan peranan yang cukup penting untuk bagi peringatan baik lembut mahupon secara keras,tetapi satu yang saya nak betulkan persepsi kita hari ini,bila kita kata kita nak berjuang tak semestinya kita balik jadi pimpinan!!.Perjuangan dan dakwah islam ni cukup luas...sebab kalau niat itulah niat kita bersama dalam perjuangan islam ini,kita tak akan kemana.
Saya ingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian.Janji kita,tanggungjawab kitadan juga taat kita untuk perjuangkan islam ini bukan pada pimpinan,bukan pada Presiden atau tok-tok guru tapi pada Allah dan Rasul.Saya mengulangi kata-kata Al Syahid Sayyid Qutb kepada adik-adiknya iaitu Hamidah Qutb dan Aminah Qutb sebelum digantung mati sebagai Syauhadak...
"Wahai adikku,barangkali sekarang ini kau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerut leherku.Kita akan merasai perjuangan kita ini sempit apabila kita memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan kita yang akan mengakhiri perjuangan kita ini tetapi apa bila kita memikirkan bahawa perjuangan kita ini bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang menamatkannya ,maka ketika itu terasalah kita bagaimana luasnya perjuangan kita,bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang di ikat oleh keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan 'Aqidah la ila illallah Muhamad al Rasullullah".

Sahabat-sahabat doakan saya tidak jadi orang yang "Mutasaqitun Ala Tariq Al Dakwah"(golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah tapi saya tak berani nak katakan saya bercita atau sanggup menjadi orang yang Murabittun (orang yang mengikat diri)atau mewakafkan diri demi islam.
Cuma saya 'tanam' dalam diri saya 2 ayat Allah yang cukup penting diingati oleh semua manusia yang bergelar mulimin dan muslimat ini iaitu:
1)"Wajib ada diantara kamu suatu umat(golongan)yang menyeru(manusia) kepada melakukan kebajikan,menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat yang jahat.mereka itulah orang-orang yang berjaya(bahagia)".(Surah Ali Imran ayat 104)
2)"Hai orang-orang yang beriman,mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.Sesungguhnya allah menyukai orang-orang yang berperang di jalannya dalam saf yang teratur seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang tersusun kukuh".
(Surah Al Saff Ayat 2 hingga 4)
Marilah kita perbahurui niat-niat kita dan berazam dengan penuh yakin,bahawa apa yang kita lakukan adalah hanya kerana islam dan taat diatas arahan yang merujuk kearah niat itu....
ibnu-muari....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home