INDAHNYA TARBIAH ISLAM

Cukupkah Ilmu Tanpa Amal?

Friday, July 28, 2006

BEBERAPA FAKTA TENTANG PENGHAPUSAN KAUM YANG DILAKUKAN OLEH REJIM ZIONIS ISRAEL



Pada tahun 1948, beribu-ribu orang Palestin telah melarikan diri atau dipaksa untuk meninggal kampung halaman merela oleh Pasukan Pengganas Israel semasa perang yang di ikuti dengan pengisthiyaran Negara Haram Israel. Ramai pelarian ini kemudian menetap di Lebanon.

Pada tahun 1968, Komando Pengganas Israel telah meletupkan 13 kapal terbang di Lapangan Terbang Beirut.

Pada April 1973, Pasukan Elit Israel, termasuk seorang yang kini dikenali sebagai Ehud Barak telah menyamar sebagai perempuan yang kemudian memasuki Flat di kawasan Beirut dan menembak mati 3 orang Palestin.

Pada bulan Mac 1978, Israel telah menyerang posisi PLO di selatan Lebanon dan telah menduduki kawasan selebar 10km di sempadan Lebanon. Seramai 1,500 orang telah terbunuh yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk Lebanon dan Palestin.

Pada tahun 1978, Resolusi 425 Majlis Keselamatan PBB mengarahkan Israel untuk keluar daripada Lebanon. Mereka ENGKAR ! Israel tidak pernah sekalipun merujuk pada mana-mana Resolusi PBB yang tidak selari dengan kepentingan kegiatan haram mereka.

Pada tahun 1981, Israel melancarkan serangan udara ke atas Beirut dan membunuh beratus-ratus orang awam.

Pada bulan Julai 1982, Israel menceroboh kawasan Lebanon dengan alasan untuk menjejaki gerila Palestin. Ketika itu, Ariel Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan berjanji akan berundur selepas 40km (25 batu) tetapi akhirnya telah mengelilingi kawasan Beirut, 40 km ke utara. Kira-kira 20,000 orang telah terbunuh, kebanyakannya orang-orang Palestin dan Lebanon selepas pengeboman oleh Pengganas Zionis Israel.

Pada bulan September 1982, pasukan Israel menawan barat Beirut dan telah melakukan pembunuhan di Kem Pelarian Sabra dan Shatila dan menyembelih lebih1,500 pelarian yang tidak bersalah.

Pada tahun 1985, Israel diwaktu itu dibawah Perdana Menteri Shimon Peres telah menarik kembali pasukannya daripada Lebanon dan membina zon mereka sebesar 15km lebar di selatan Lebanon bagi mengelakkan daripada serangan daripada sempadan! Rejim Pengganas Israel kemudiannya telah menerima tentangan tidak henti-henti daripada Pasukan Hizbullah.

Pada bulan Februari 1992, dalam satu lagi tindakan ganas mereka telah menggunakan helikopter untuk menembak roket ke arah kereta yang dinaiki oleh pimpinan Lebanon. Sheikh Abbas Musawi yang mengakibatkan beliau, isterinya dan anaknya terbunuh. Israel kemudiannya telah menawan dua buah perkampungan di utara kawasan itu.

Pada bulan Julai 1993, Israel telah melancarkan satu operasi yang menggunakan udara, artileri dan kekuatan laut yang mengakibatkan seramai 130 orang awam Lebanon telah terbunuh dan 300,000 lagi terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka.

Pada 11hb April 1996, Israel melancarkan Operasi Kemarahan. Mereka telah melancarkan lebih 14,000 bom dan 1,500 serangan udara terhadap orang awam yang tidak berdosa yang mengakibatkan 300 orang terbunuh yang kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak (termasuk 102 orang pelarian yang berada di dalam pengkalan PBB di selatan). Beribu-ribu lagi tercedera. Mereka telah merosakkan dan memusnahkan lebih daripada 50 perkampungan-perkampungan dan bandar-bandar dan menyebabkan 500,000 orang awam kehilangan tempat teduh mereka.

Keganasan dan serangan Regim Zionis Israel terus menerus dilakukan setiap hari ke atas orang-orang yang tidak berdosa di kawasan Palestin, selatan Lebanon dan lain-lain tempat.

Hiburan pejuang
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul-Nya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang.

Malamnya bagai rahib perintih sayu
Dihiris serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga.

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang.


SYED QUTB (1906--1966)

KELUARGA AS-SYAHID SYED QUTB
Nama sebenarnya ialah Syed. Qutb ialah nama keluarganya. Keluarga ayahnya berasal dari Semenanjung Arab, berhijrah ke Utara Mesir dan menetap di situ. Seorang daripada keluarga Qutb ini ialah ayah Syed, iaitu Haji Ibrahim Qutb. Haji Ibrahim mempunyai dua orang anak lelaki, Syed Qutb (anak sulung) dan Muhammad Qutb, dan tiga anak perempuan, iaitu Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan seorang lagi yang tidak dapat dipastikan namanya.

Adik Syed, Muhammad, adalah seorang cendekiawan terkemuka. Sehingga kini, beliau telah menulis lebih daripada sebelas tajuk buku menyentuh pelbagai persoalan mengenai Islam dan mendapat penghormatan serta dukungan daripada berbagai-bagai majalah dan mereka yang terlibat dengan gerakan Islam.

Aminah Qutb pula merupakan seorang muslimah terkemuka yang secara aktif terlibat dalam usaha-usaha menyebarkan risalah Islam bersama-sama abangnya. Rencana-rencananya mengenai kemasyarakatan dan perubahan telah diterbitkan dalam pelbagai majalah berkala. Kumpulan cerita ringkasnya telah diterbitkan di bawah tajuk "Fi Tayyar al-Hayat".

Adik perempuannya, Hamidah tidak ketinggalan di belakang si abang dan kakak.

Sesungguhnya setiap keluarga Qutb adalah permata indah dan seumpamanya. Keluarga yang istimewa adalah tepat untuk merujuk kepada keluarga Qutb ini. Keteguhan dan ketabahan serta keperibadian unggul yang dipamerkan sepanjang tempoh dugaan dan tribulasi oleh keluarga Qutb dalam abad dua puluh masa kini mengingatkan kita kepada contoh keluarga Yasir:

Syed Qutb dihukum gantung sampai mati
Muhammad Qutb dipenjara dan diseksa dengan ganas
Hamidah Qutb dipenjara tujuh tahun dengan kerja berat
Aminah Qutb menerima nasib yang sama

Aminah, anak perempuan ketiga daripada keluarga Qutb ini yang namanya tidak dapat dikesan juga mengorbankan anak lelakinya, Syed Rifaat, seorang lulusan kejuruteraan yang berusia dua puluh lima tahun untuk perjuangan. Beliau ditangkap, dipenjara dan disebat dengan kejamnya, dihukum dengan berbagai-berbagai penyeksaan dan dipaksa menjadi saksi dalam perbicaraan bapa saudaranya (Syed Qutb) sendiri. Riwayatnya berakhir apabila dia meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 1965.

Wednesday, July 26, 2006


SUNAH BERJUANG 1

Sudah sunah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri.

Biasanya para pejuang, rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu, tidur baringnya tak berwaktu.
Orang lain buat harta, tapi dia membuangnya;
Orang lain kawan terbatas, tapi pejuang kawan merata;
Orang lain musuhnya kurang, pejuang musuh tidak terbilang.

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang, sejarahnya ditulis orang;
Makamnya sentiasa dicari, walau perjuangan tak berjaya.


AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA (1906-1949)
LETAK JAWATAN SEBAGAI GURU UNTUK BERDAKWAH

"...Kupersembahkan jiwa ini ke hadrat Allah dan Dia pula yang akan menyelamatkannya. Inilah perjanjian antara Allah dan seorang hamba-Nya, yang kucatat di sini, dengan guruku sebagai saksi. Apa pun tak bisa mempengaruhinya, kecuali nurani. Siapa pun tak bisa menebusnya, kecuali Tuhan. Hanya mereka yang memenuhi janjinya kepada Allah, berhak menerima imbalannya."

Inilah tekad dan keghairahan jihad seorang pejuang Islam dan pengasas gerakan Islam terkenal, Imam Hassan al-Banna. As-syahid yang gugur pada 12 Februari 1949, menyatakan tekad tersebut sewaktu masih menuntut di pusat pengajian tinggi Darul Ulum, Kaherah.

Janji As-syahid yang dibuat semasa masih berusia lewat belasan tahun dikotakan dalam perjalanan hidupnya sehinggalah beliau kembali ke pangkuan Allah (SWT).

Imam Hassan al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah yang terletak di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati.

Bapanya Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna adalah seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal. Beliau berkelulusan Universiti al-Azhar dalam jurusan agama dan banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani. Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna berkelulusan tinggi, beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam Mahmudiyyah. Masa selebihnya beliau gunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan. Malah beliau juga adalah pengarang beberapa kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam.

Ketokohan, keilmuan dan keperibadian tinggi Syeikh Ahmad al-Banna diwarisi pula oleh anak sulungnya, Hassan al-Banna yang kemudian menjadi pemimpin dan pengasas gerakan Ikhwan Muslimin yang dihormati serta merubah sejarah. Melalui kepimpinan dan didikan Hassan al-Banna, Ikhwan Muslimin menjadi penggerak kebangkitan semula Islam abad ini.

Sifat kepimpinan pemimpin agung ini terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Pada usia 16 tahun, beliau ke kota Kaherah untuk melanjutkan pelajaran di Darul Ulum. Di sana beliau didedahkan dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Yang dilihatnya ialah parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular semuanya terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam.

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Al-Imam Hassan al-Banna menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun dan baru mendapat ijazah dari Darul Ulum, serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah rendah di bandar Ismailiyyah.

Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas.

Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.

Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di. Ikhwan Muslimin kemudian diharamkan pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna masih dibebaskan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zuhur 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau dikatakan telah dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.

Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

Semoga Allah S.W.T. menerima rohnya dengan penuh keredaan.

Monday, July 24, 2006

USRAH NADI TERKECIL DAN EMPAT FAKTOR KEBERKESANAN

Usrah Nadi Terkecil

Sesungguhnya perjalanan meniti saki-baki kehidupan sememangnya mencabar, dan memerlukan kekuatan dan keteguhan iman. Maksud ayat Al-Qur'an: Dan tidak aku jadikan jin dan manusia ini melainkan untuk beribadat. Menjadi tuntutan dan taklifan pada kita untuk mengawasi tingkah laku kita, agar setiap gerak-geri kita adalah ibadat kepada Rabbul Jalil.

Tuntutan untuk beribadat kepada Allah bukanlah tugas yang mudah dan bukan juga tugas yang payah lagi memberatkan, kerana sesungguhnya Allah berfirman dalam Al-Qur'an, mafhumnya: Dan tidaklah aku jadikan dalam perkara agama ini satu kepayahan.

Namun lantaran keadaan dan situasi yang melanda, dengan pelbagai serangan fikiran daripada musuh Dinullah sama ada jin mahupun manusia, maka kita lihat hari ini urusan agama Allah terasakan berat dan seribu satu kepayahan padanya. Lantaran jiwa, fikiran dan persekitaran telah dikuasai oleh sejuta satu maksiat, maka Islam yang indah menjadi hodoh. Justeru, berjayalah orang-orang yang mensucikan dirinya dengan mujahadah seperti mana firman Allah dalam ayat 9 surah as-Syams, dan beruntunglah orang-orang yang membantu agama Allah kerana Allah menjanjikan magfirah atas segala jihad di jalan Allah.

Maka dengan ini usrah merupakan nadi terkecil yang dapat membantu manusia meningkatkan iman dan pengetahuan mereka di samping menggerak masyarakat sekitar untuk sama-sama menghayati Islam. Bertapa penting Dinullah untuk diketahui, difahami dan dihayati serta diamalkan dan seterusnya disebarkan, begitulah pentingnya usrah, kerana ia merupakan wasilah untuk memahami Islam dan qadiyah semasa dan diamalkan seterusnya di sebarkan.

Empat Faktor Keberkesanaan Usrah

Keberkesanan usrah bergantung pada beberapa faktor. Namun faktor-faktor ini bukanlah seratus-peratus penentu kejayaan sesebuah usrah. Faktor-faktor ini hanya merupakan penyebab yang membantu kita dalam melicinkan gerak kerja usrah. Antaranya:

1.Naqib ialah mereka yang dalam kefahamannya tentang agama dan kuat amalannya serta mengamalkan apa-apa yang dianjurkannya dalam usrah. Umpama pemudah cara atau fasilitator guna untuk menggerakkan ahli usrah dan memberi pengisian.

2.Silabus/tajuk perbincangan dalam usrah hendaklah mengikut kadar pemikiran ahli-ahli usrah. Mengikut marhalah-marhalah seperti mana yang diasaskan oleh Imam Hasan Al-Banna.

3.Ahli usrah merupakan individu yang hendak dijana dan digerakkan menjadi mujahid-mujahid Islam. Kefahaman perlu dipupuk di kalangan mereka tentang hakikat usrah dan keperluannya serta apa itu Islam dan peri pentingnya untuk bergabung dan menyatukan diri dalam Islam.

4.Suasana persekitaran tempat usrah hendaklah dapat membentuk ahli mengenal Islam.


REKOD KEHADIRAN USRAH

Satu daripada penandaarasan kualiti ialah adanya rekod bertulis yang sistematik bagi semua aktiviti yang dilaksanakan. Kualiti usrah juga dapat ditingkatkan jika hal ini diberi perhatian.

Sebenarnya kita sudah mempunyai kebiasaan mencatat kehadiran dalam mesyuarat dan mengedarkan catatan mesyuarat yang dinamakan minit kepada semua ahli mesyuarat. Kita cuma perlu memastikan perkara yang hampir sama dilaksanakan dalam usrah.

Dalam sesuatu mesyuarat, pengerusi akan memastikan kehadiran sebelum mesyuarat. Pengerusi mengambil perhatian tentang jumlah ahli yang sepatutnya hadir, jumlah ahli yang sebenarnya hadir dan jumlah ahli yang tidak hadir serta sebab-sebab ketidakhadiran mereka. Mesyuarat hanya bermula setelah senarai kehadiran dipastikan dan dicatat oleh setiausaha.

Hampir sama dengan situasi mesyuarat, dalam sesi usrah, naqib perlu mengambil tahu kehadiran anak-anak usrah. Hal ini dilakukan sebaik-baik sahaja usrah dibuka dengan al-Fatihah dan doa. Malah, naqib sepatutnya bertindak lebih mendalam berbanding pengerusi. Antaranya, naqib boleh mencungkil lebih lanjut sebab-sebab ketidakhadiran seseorang ahli dan memberi ulasan yang membina. Antara ulasan yang boleh diberikan ialah mengajak ahli yang berkelapangan menziarahi rakan yang tidak hadir kerana sakit dan menugaskan seorang ahli menziarahi rakan yang tidak hadir tanpa sebab untuk diketahui sebab-sebabnya. Nasihat tentang pentingnya kehadiran dan ingat mengingat sesama anak usrah boleh juga diselitkan.

Hal yang terpenting ialah kehadiran mesti dicatat oleh setiausaha usrah. Catatan sebaik-baiknya dilakukan dalam buku khas atau borang yang disimpan dalam fail. Penggunaan borang sangat digalakkan. Sebaik-baiknya borang itu direka dengan perisian komputer seperti MS-Excel dan dikemaskinikan selepas usrah berakhir. Dengan menggunakan perisian komputer cetakan borang lebih kemas dan mudah dianalisis. Rekod itu boleh diedarkan kepada semua ahli dari semasa ke semasa atau sebulan sekali. Sudah pasti cara ini akan memberi implikasi positif terhadap kehadiran anak-anak usrah.

Mungkin anda ahli usrah telah menghadiri beberapa jenis usrah sejak bertahun-tahun yang lalu dan usrah anda tidak mempunyai rekod kehadiran. Anda mungkin tertarik dengan idea ini dan bersedia menyampaikan idea ini kepada naqib usrah anda untuk dilaksanakan. Jika anda sendiri menjadi naqib usrah itu, usahakanlah agar setiausaha usrah anda melaksanakan perkara ini mulai usrah minggu hadapan.

Kita tumpang bangga kerana ada usrah pelajar di sekolah berasrama penuh di negara kita mempunyai rekod kehadiran usrah. Sistem merekod kehadiran itu telah dikuatkuasakan sejak dua tahun yang lalu. Hal itu berlaku setelah adanya satu tinjauan semula terhadap keberkesanan usrah di institusinya. Semua usrah pelajar di sekolah dan di institusi pengajian tinggi mesti menjadikan usaha sekolah berasrama penuh itu sebagai teladan.

Tahniah dan syabas sekiranya usrah anda telah mempunyai rekod kehadiran. Jika rekod kehadiran itu belum kemas atau pelaksanaannya belum mantap, lakukanlah penambahbaikan dari semasa ke semasa. Sebaliknya, jika usrah anda belum mempunyai rekod kehadiran, mulakanlah!


BANYAKKAN PROGRAM TARBIAH

Ketahuilah bahawa tarbiah merupakan aset yang sangat penting dalam sesebuah gerakan Islamiah. Proses pentarbiahan yang berkesan akan melahirkan jundullah yang tabah, kental hati, sabar dalam perjuangan serta kuat berjuang.

Jika kita melihat proses pentarbiahan yang Rasulullah s.a.w. lakukan dalam liku-liku perjuangannya, kita dapati pentarbiahannya yang cukup berkesan dapat melahirkan sahabat-sahabat yang sanggup menggadaikan jiwa serta harta benda untuk fi sabilillah. Kita lihat sahaja sahabat baginda Bilal bin Rabah yang mati dihukum oleh tuannya dengan hukuman yang cukup sengsara di kawasan lapang yang panas, hanya mempertahankan keesaan Allah S.W.T. Kita lihat juga Abdul Rahman bin Auf, ketika puak muhajirin berhijrah ke Madinah Abdul Rahman berkata, “Saya ada dua orang isteri. Pilihlah yang tercantik daripada keduanya. Saya akan talakkan dan kamu akan kahwin dengannya.”

Inilah pengorbanan sahabat Rasulullah yang lahir daripada pentarbiahan yang cukup kuat.

Kalau kita bandingkan dengan kita hari ini, sudah semestinya sangat berbeza. Sedangkan harta benda pun kita tak dapat menginfakkan untuk Islam, apatah lagi isteri kesayangan seperti mana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

Oleh hal yang demikian, kita seharusnya dan semestinya sentiasa dan lebih menekankan soal pentarbiahan kerana kelemahan mana-mana jemaah Islamiah bertitik tolak daripada proses pentarbiahan yang begitu lemah dan tidak diambil berat. Sebab itulah kita lihat oraganisasi Islam lebih menekankan tarbiah demi membaiki kelemahan-kelemahan yang ada.

Kita sebenarnya tidak mementingkan sangat soal kuantiti untuk masa terdekat ini, tetapi walaupun jumlah kita sedikit, apabila disertakan dengan proses pentarbiahan yang kuat, insya-Allah yang sedikit inilah akan melahirkan generasi pelapis yang banyak untuk masa hadapan. Oleh yang demikian banyakkan program yang berbentuk tarbiah demi masa depan yang cerah.

USRAH TUNJANG JEMAAH

Usrah merupakan tunjang sesuatu jemaah. Kalau usrah kemas dan berjalan dengan baik natijahnya jemaah itu kuat dan kukuh, tetapi kalaulah perjalanan usrah itu lembab dan tak bermaya, akan lahirnya jemaah yang lemah dan tak berkembang.

Kepentingan usrah ini tidak dinafikan lagi kerana apabila kita lihat pada awal perjuangan Rasulullah s.a.w., baginda sangat mengambil berat tentang usrah di samping baginda berjalan dalam keadaan yang sirri (senyap). Ini dapat dilihat apabila Rasulullah memilih bait Arqam bin Arqam sebagai tempat usrah. Arqam ini seorang budak kecil yang memang tidak dijangka oleh orang kafir bahawa Rasulullah melaksanakan usrah di rumahnya. Kita lihat ini satu taktik atau sirriah yang dibuat oleh baginda.

Kepentingan usrah ini jelas lagi bilamana pejuang-pejuang Islam sebelum kita melihat proses usrah yang dibuat oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Apabila kita membaca perjalanan usrahnya, kita dapati beliau sangat mengambil berat terhadap anak buahnya. Boleh dikatakan beliau akan bertemu dengan anak buahnya setiap hari walaupun cuma beberapa minit, tidak kira malam, pagi-pagi buta, atau sebagainya kerana prinsip beliau yang amat penting sekali sekadar bertemu mata antara dengan anak buah akan menimbulkan rasa ukhuwah dan semangat yang kuat dalam berjuang. Proses seperti inilah yang harus kita ambil contoh dalam kita mengendalikan perjalanan usrah.

Dengan sebab itulah kita jangan sekali-kali menjadikan usrah sebagai usaha sampingan sahaja, tetapi anggaplah usrah sebagai aset yang terpenting dalam jemaah kita—kerana usrah yang berjaya itu melahirkan jemaah yang kuat dan berkualiti, insya-Allah.

Oleh hal yang demikian, wahai pejuang-pejuang Islam tercinta, kenallah diri dan muhasabah selalu. Di manakah kerja-kerja Islam yang telah kita lakukan untuk ummah ini? Siapakah diri kita yang sebenarnya? Apakah tanggungjawab kita dijadikan oleh Allah. Seterusnya ingatlah janji-janji Allah yang akan membantu kita bilamana kita membantunya. Janganlah berasa ragu-ragu lagi dalam perjuangan suci ini, kerana dalam perjuangan, kita perlu berpegang pada dua prinsip sama ada kita menang atau syahid!

Friday, July 21, 2006

Warkah Dari ku...

Sahabat-sahabat yang dihormati sekalian...terima kasih kerana berkunjung ke laman luahan rasa ku ini...

Tujuannya ialah bagi membongkarkan beberapa masalah umat dan masyarakat dalam dunia islam hari ini..untuk kita sama-sama ambil peringatan bersama..

Moga-moga dengan ilmu yg ada dalam diri kita dapat menolong menyedarkan masyarakat dan kita beramal dengan ilmu..tak guna ilmu yang berguni tanpa mendapat keredoaan dari Allah.

Ingatlah sahabat ku sekalian..hidup kita ini sementara akhiratlah tempat yg kekal selamanya..Beramalah sebelum menyesal..marilah kita sama-sama menjalani hidup ini dengan apa yang di kenhendaki oleh islam...dari segi muamalatnya,politiknya,pembangunannya secara menyeluruh kerana islam itu lengkap.

Tuesday, July 18, 2006

KUMPULAN ARTIKEL 11 CUBA MENCABAR UMAT ISLAM DI JOHOR


Kenyataan Media
(14 Julai 2006)

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) ingin mempertegaskan bahawa sebarang usaha untuk mengadakan program yang bertujuan menghina Islam dan menghina undang-undang syariah secara langsung atau tidak langsung perlu dihentikan khususnya di negeri Johor kerana ia bakal mengundang perbalahan dan pertikaian sehingga memungkinkan perkara-perkara yang tidak diingin akan terjadi.

DPPNJ membuat kenyataan ini di atas sikap untuk memastikan bahawa agama Islam tidak diperlekehkan. DPPNJ telah mendapat maklumat bahawa terdapat usaha-usaha yang sedang disusun oleh Kumpulan Artikel 11 iaitu kumpulan yang mengandungi 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mengadakan program yang pernah diadakan di Pulau Pinang pada 14 Mei 2006 yang lalu. Program ini telah mendapat bantahan secara besar-besaran di hadapan Hotel Cititel, Penang Road oleh Badan Anti Suruhanjaya Antara Agama – IFC (BADAI).

DPPNJ dimaklumkan bahawa program ini akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Johor Bahru pada 22 Julai 2006 yang akan datang. Kehadiran Kumpulan Artikel 11 ini ke Johor membuktikan bahawa golongan ini langsung tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam.

Bagi menangani perkara ini, DPPNJ akan cuba menggunakan setiap saluran diplomasi yang ada untuk memastikan program ini terbatal.

DPPNJ juga akan berusaha untuk membuat bantahan secara rasmi dan mendesak agar Jabatan Agama Johor serta Dato’ Nooh Bin Gadut selaku Mufti Negeri Johor menyatakan pendirian mereka dan seterusnya menghalang kumpulan Artikel 11 daripada meneruskan agenda mereka.

DPPNJ juga mendesak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Negeri Johor mengambil tindakan sewajarnya terhadap program ini. Terbukti bahawa ketika program ini diadakan di Pulau Pinang, tiada permit dikeluarkan oleh PDRM.

DPPNJ bimbang sekiranya usaha secara diplomasi gagal untuk dicapai, umat Islam yang selama ini sangat bertolak ansur akan hilang pertimbangan sehingga menimbulkan perkara yang tidak diingini.

Sekian, wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
019-7701830 /013-7257085

Keberanian sikap Hizbullah mengisytiharkan Perang Terbuka


"Jelas peperangan di kawasan Timur Tengah akan berlaku. Setelah menyerang Palestin dan Lubnan, Israel mengatakan bahawa pihaknya mungkin akan menyerang Syria, dan bagi pihak Syria pula menyatakan bahawa akan melawan balik sekiranya mereka di serang. Tapi jangan pula kita lupa, dalam kemelut yang keritikal ini Iran akan bangkit akan menyerang Israel sekiranya mereka berani menyerang Syria.

Iran telah menjadi CONTOH pemimpin ummat Islam yang paling berani. Inilah perbezaan pemimpin Malaysia dengan Iran, umpama langit dengan bumi.

Dalam petikan ALJAZEERA yang lalu si celaka Ehud Barak iaitu Mantan PM Israel, telah menuduh Pemimpin Syria mendukung Hamas di Gaza dan Hizbullah di Lubnan. Sebab itulah mereka berani menyatakan bahawa akan menyerang Syria. Dalam pada masa yang sama, mantan Ketua Pertahanan Israel juga telah menuduh Pemerintah Syria kerana menyokong persenjataan Hizbullah. Jika Hizbullah memiliki roket dengan capaian lebih jauh dan cuba untuk menyerang Haifa dengan peluru berpandu bantuan Syria, Israel tidak ada pilihan lain kecuali bertindak menyerang Damascus, Syria.

Sebelum ini, pesawat-pesawat Israel telah meninjau keadaan Syria dengan terbang rendah di atas Istana Presiden. Justeru itu, dengan berkemungkinan akan menghadapi serangan dari Israel, Pemimpin Syria menyatakan, pihaknya akan berusaha mempertahankan diri, dan bersiap sedia untuk melawan balik.


Ketua Hizbullah Sheikh Hassan Nasrallah, yang juga telah diancam akan dibunuh Israel, mengumumkan perang terbuka terhadap Israel. Pengumuman ini disampaikan setelah penerangan Hizbullah di Beirut digempur Israel. "Anda ingin perang terbuka, kami juga sudah siap sedia untuk perang terbuka," tegas Sheikh Hassan.

Kita lihat betapa beraninya sikap pejuang islam ini. Tapi dimanakah sikap beraninya pejuang islam di negara kita? Jawapannya mudah, semuanya masih tersumbat dalam penjara dengan perintah ketua Islam yang sesat pada zaman ini, iaitu Islam Hadhari.

Seterusnya di selatan Lubnan , serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk kanak-kanak. Mereka terbunuh ketika cuba melarikan diri ke sempandan di sebuah desa. Di tempat lain pula, sekurang-kurangnya seorang terbunuh ketika pesawat jet Israel menyerang jalan utama menuju sempadan Lubnan-Syria.

Dengan izin Allah Taala malam jumaat yang lalu, Hizbullah berjaya menembak kapal perang Israel di perairan Lubnan. Empat pesawat kapal itu telah pun hilang.


Pejuang Hizbullah juga telah menembak puluhan roket ke Israel bermula hari Jumat hingga ke Sabtu lepas. Dua rakyat Israel terbunuh dalam serangan roket itu. Selain itu juga, lebih dari 40 orang tercedera dan tiga yang lainnya parah. Sabtu pagi 15 julai , untuk pertama kalinya roket Hizbullah telah mencapai Tiberias-Israel yang jaraknya sekitar 35 kilometer dari sempadan dengan Lubnan.

Apakah kesudahannya kemelut peperangan ini, Kita tunggu dan lihat adakah Israel akan diselamatkan oleh Tentera syaitan Amerika Syarikat (AS)? Percayalah, kita semua akan melihat satu kebangkitan dunia Islam yang baru.

Mujahidin-mujahidin Islam seluruh dunia akan bangkit dengan semangat jihad yang telah tertanam di dalam hati mereka. Allah pasti bersama mereka dalam membantu peperang menentang musuh-musuh Allah.

Saturday, July 15, 2006

Islam Bukan Sekadar Serban Dan Janggut, Kata Mahkamah Persekutuan


PUTRAJAYA, 12 Julai (Bernama) -- Islam bukan hanya setakat serban dan janggut, demikian menurut Mahkamah Persekutuan ketika menolak rayuan tiga pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Serting di Negri Sembilan yang dibuang sekolah sembilan tahun lepas kerana enggan menanggalkan serban mereka.

Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abdul Malek Ahmad sebulat suara dalam keputusan mereka bahawa bukan semua amalan atau cara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W. mengikat umat Islam daripada segi undang-undang atau agama, malah, ada yang bukannya menjadi pilihan dan untuk diikuti.

Dalam penghakiman bertulisnya, Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamed berkata bahawa daripada pandangan Islam, amalan memakai serban bukannya satu perkara besar, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak bawah umur.

"Daripada apa yang saya dapat pastikan, Al-Quran tidak menyebut mengenai pemakaian serban. Saya tahu bahawa Rasullullah memakai serban. Tetapi baginda juga menunggang unta, membina rumahnya dan masjid daripada tanah liat dan berbumbungkan daun kurma dan menggosok gigi menggunakan sugi.

"Adakah itu bermakna bahawa menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang? Wajarkah dipilih bahan dan cara serupa yang digunakan oleh Rasulullah untuk membina rumah dan masjid seperti di zaman baginda?" kata Abdul Hamid dalam penghakimannya yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Kamaruddin Kamsun.

"Soalnya ialah sama ada pemakaian serban oleh kanak-kanak lelaki sebaya usia perayu (dalam kes ini) merupakan satu amalan dalam agama Islam. Islam bukan sekadar memakai serban dan berjanggut. Arab jahiliah, termasuk Abu Jahal, memakai serban dan berjanggut. Tidak hairanlah bagi Rasullullah yang lahir dan membesar dalam masyarakat itu, berbuat demikian," kata Abdul Hamid.

Katanya serban bukan hanya dipakai oleh orang Arab.

Orang lain yang tinggal di padang pasir seperti kaum Afghan dan Parsi juga memakai serban, katanya.

"Malah, sesiapa sahaja yang pergi ke Mekah akan dapati bahawa sekeping kain, biar atas nama apa sekalipun untuk menutup kepala dan muka daripada panas matahari, cuaca kering dan debu, amat berguna.

"Sekarang ini, berdasarkan reka bentuk dan cara memakainya, serban melambangkan bangsa pemakainya, umpamanya sama ada mereka itu orang Arab Saudi, Afghan, dari Sudan, dari Oman, dan sebagainya. Serban telah menjadi sebahagian daripada pakaian rasmi negara-negara ini.

"Apa yang turut menarik ialah sehingga sekarang inipun tidak ramai daripada mufti kita dan hampir tiada hakim Mahkamah Syariah memakai serban," kata Abdul Hamid.

Pelajar-pelajar itu, Meor Atiqulrahman Ishak serta Syed Abdullah Khaliq Aslamy Syed Ahmad Johari dan adiknya Syed Ahmad Syakur, masing-masingnya berumur 11, 9 dan 8 tahun ketika itu, membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 2004 yang mendapati guru besar sekolah berkenaan mempunyai kuasa untuk menyingkir mereka daripada sekolah kerana enggan menanggalkan serban.

Menerusi penjaga dan bapa mereka, Syed Ahmad Johari Syed Mohd, mereka menyaman guru besar itu, Fatimah Sihi, selain menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan dan kerajaan sebagai defendan.

Pada 6 Ogos 1999, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Datuk Mohd Noor Abdullah membatalkan arahan penyingkiran ketiga-tiga pelajar itu, yang dibuat pada 10 Nov 1997, kerana mendapati Fatimah tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Keputusan hakim Mohd Noor bagaimanapun diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada 22 Nov 2004.

Dalam penghakiman hari ini, hakim Abdul Hamid berkata persoalan yang timbul ialah sama ada Peraturan-peraturan Sekolah 1997 yang melarang pemakaian serban oleh pelajar sebagai sebahagian pakaian seragam sekolah, melanggar atau tidak Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Pada pendapat saya, sama ada sesuatu amalan itu sebahagian atau bukan sebahagian daripada sesuatu agama itu bukanlah satu-satunya faktor yang perlu dipertimbangkan. Saya lebih suka kepada pendekatan berikutnya.

"Pertama, mesti ada agama. Kedua, mesti ada amalan. Ketiga amalan itu adalah amalan agama berkenaan.

"Setelah semuanya dibuktikan, mahkamah perlu pula menimbang mengenai pentingnya amalan itu kepada agama. Di sinilah persoalan sama ada amalan itu berbentuk wajib atau bahagian yang penting kepada agama itu atau ianya tidak menjadi relevan," katanya.

Beliau berkata jika amalan itu berbentuk wajib atau menjadi sebahagian penting agama itu, mahkamah perlu memberinya lebih perhatian, dan jika tidak, serta berdasarkan tahap pentingnya, mahkamah tidak perlu sangat mengambil kira.

"Larangan bagi amalan yang wajib seharusnya dilihat secara lebih serius lagi berbanding larangan kepada amalan yang sunat. Walaupun jika kita menerima pendapat bahawa memakai serban adalah sunat, ia tidaklah setaraf solat sunat," katanya.

Hakim Abdul Hamid berkata faktor kedua yang diambil kira oleh mahkamah adalah sejauh mana larangan itu dibenarkan oleh peraturan.

"Pelajar-pelajar itu dilarang memakai serban sebagai sebahagian daripada pakaian seragam sekolah. Mereka tidak dilarang memakainya pada masa yang lain. Malahan, di sekolah, mereka tidak dilarang memakai serban ketika bersolat.

"Patutkah mereka dibenarkan memakai jubah semasa bermain bola sepak kerana amalan Rasullullah ialah memakai jubah?" katanya.

Lagipun, kata hakim Abdul Hamid, tidak ada apa-apa yang menyekat perayu daripada berpindah ke sekolah lain, umpamanya ke sekolah pondok, yang membenarkan mereka memakai serban.

"Kita tidak boleh ketepikan sistem pendidikan kita yang membantu membentuk minda kanak-kanak Malaysia membesar menjadi rakyat Malaysia. Tokoh-tokoh pendidikan kita perlu diberi pujian dan rasa hormat kerana merangka beberapa peraturan sekolah demi kepentingan semua pelajar, masyarakat dan juga negara akhirnya.

"Lihatlah kepada tiga perayu ini. Semasa zaman mereka membesar, apabila mereka sepatutnya hadir ke sekolah dengan berdisiplin dan menghormati guru, mereka disuruh menghabiskan zaman itu dengan cara yang berbeza daripada pelajar lain, tidak mengendahkan peraturan sekolah, mengingkari guru, menentangkan pihak berkuasa, semata-mata kerana Syed Ahmad, yang disifatkan oleh hakim yang mengendalikan kes itu sebagai "angkuh", yang mahu ketiga-tiga perayu itu memakai serban ke sekolah kerana serban itu adalah lambang keluarganya.

"Mengambil kira semua faktor ini, saya dapati Peraturan-peraturan Sekolah 1997 tidak melanggar Perkara 11 (1) Perlembagaan," kata Abdul Hamid.

Hakim Abdul Malek Ahmad dan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim, yang bersidang bersama-sama dengan hakim Abdul Hamid, bersetuju dengan keputusan itu.

Perayu diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Muhammad Firdaus Zakaria manakala Peguam Kanan Persekutuan Datuk Umi Kalthum Abdul Majid dan Azizah Nawawi mewakili responden.

--BERNAMA

Thursday, July 13, 2006

Warkah Jihad Dari Pejuang Islam Di Palestin
Wahai umat Islam di Malaysia.

Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.

Wahai umat Islam di Malaysia.

Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan.

Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya.

Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allah Akbar!!!
Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
14 Mei 2006.